Kem Imam Pelapis Peringkat Negeri

Assalamualaikum.
Hello Big Apple Earth.




Alhamdulillah.
Kem ini adalah kem yang terbaik di seantara semua kem yang mar pernah pergi,
Walaupun tahap kepenatan dia seperti buruh buat bangunan *cehhhwahhh* tapi ia tetap suatu kenangan indah dan manis untuk diingat, menitis air mata saat perpisahan terjadi. Ukhwah yang terjalin tanpa menghiraukan latar belakang dan sejarah silam. Kami datang dari pelbagai pelusuk johor, tapi boleh pulak berkenalan macam dah setahun kenal. Daebak!  *Hahaha. Ayat nak hebat je* 


Banyak benda mar belajar dekat sana. *kut* Hahaha, yang bestnya dapat jumpa kengkawan lama masa zaman aku jahilillah dulu. Tak sangka dapat jumpa balik. Allahuakbar. Sesungguhnya Allah Perancang Yang Hebat. Walaupun makanan dia tak sedap  kurang sedap, aktiviti dia padat sangat tapi sumpah rindu nak solat qiamulail reramai. Bangun seawal 3 pagi, lepastu aktiviti tanpa henti sampai 12:30 malam. Allahuakbar! Ngantuk memang ada, tapi kami gagahkan mata, jiwa dan raga *ayat novel berg* 
"Sesungguhnya menghadiri Majlis ilmu itu seumpama menghadirkan diri ke Syurga Dunia"
mariah.