La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana “Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”
Assalamualaikum,
Bacalah petikan di bawah ini, yang kite bina mengikut gerak hati yang berjalan tanpa henti, mata yang menangis dengan lagu yang berjuta makna.
“Aku minta setangkai bunga indah , ALLAH memberiku kaktus berduri. Aku minta binatang kecil mungil nan cantik, ALLAH beri ulat berbulu. Aku sedih, protes & kecewa..betapa tidak adilnya ini..Namun kemudian…kaktus itu berbunga ,sgt indah…ulat itupun tumbuh & berubah menjadi kupu2 yg amat cantik…itulah jalan ALLAH, INDAH PD WAKTUNYA.. Allah tidak slalu memberi apa yg kita harapkan, Tp allah Akan Memberi apa Kita Perlukan”
Senyumnya diri ini bukan bermakna tiada kisah perit di dalamnya, tapi sedihnya diri ini bukan bermakna tiada kisah gembira di sebaliknya. Itulah kehidupan, dalam setiap perubahan pasti ada tentangan. Tiada kehidupan yang sempurna.
Ada yang ingin tahu kisah penghijrahan diri ini. Mungkin tidak sesukar Summaiyah memeluk Islam, tapi tentangan dari ahli keluarga serta sahabat andai sudah dapat membuat diri menangis memeluk diri terperuk sendiri.
Saya berhijrah pada 17 January 2012.
Masih baru dan masih naive. Banyak yang perlu dipelajari. Saya mula berhijrah dengan menutup aurat, tapi bukan berniqab. Saya menutup aurat sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, saya dapat istiqomah. Allahu, tapi rakan rakan, punca segala keindahan sementara itu menjadi huru hara. Pemakaian bertudung labuh menjadi bahan ejekkan. Saya tidak tahu mana salahnya jika saya menutup sempurna. Allahu, pada masa itu saya menangis siang dan malam, pagi dan petang. Memikirkan adakah perbuatan diri ini salah sehingga menjadi bahan hinaan. Allahu, ketika itu saya menyedari penghijrahan bukan satu pekara yang mudah. Tapi saya juga belajar, bersabar itu adalah kunci kejayaan.
15 May 2012
Aku mengambil keputusan untuk berniqab. saya rasa itu lebih baik. Kerna saya terasa ada benarnya apa yang rakanku katakan. " Awak sangat cantik. Tapi lelaki ni ada banyak jenis, kalau yg baik tu Alhamdulillah, tapi jangan ingat yang baik tu tak mungkin jadi jahat. Dan awak kene ingat, apa yang lelaki inginkan bukan hanya dirimu yang indah, tetapi sesuatu darimu yang lebih teruk dari kematian, apa yang dia mahu adalah kesucianmu. Apa kata kalau awak tutup kecantikkan awak dengan berniqab." saya mula membicarakan hal ini kepada mama dan ayah. Berdoa agar mereka akan menerima tanpa sebarang kata yang memilukan hati, namun segala tidak begitu. Mungkin Allah ingin uji diri ini. mama menentang. Tetatpi ayah tetap memberi sokongan. dia kata cenni :
Akak, akak tak buat salah, ayah akan sentiasa memberi sokongan untuk kakak. Mak kau tu lama lama nanti dia lembut hati. ;)Raya 2012
Diri ini pulang ke kampung sebelah ayah dengan harapan mereka menerima diri ini dengan hati terbuka. Namun aku salah, tanggapan aku salah. SANGAT SALAH. mereka menganggap diri ini seperti orang yang tidak dikenali. Allahu, itu tidak kira lagi mengata di belakang. Allahu sampai satu tahap ada sedaraku berkata straight to the point :
Kau boleh tak bukak benda alah kau muka kau ni (niqab). Rimas aku tengok. Dah macam pencuri dah. ergh. *buat muka*
Terkesima yang sangat. Hanya Allah je yang tahu. Ya Allah, nak gugur jantung masa dia cakap macam tuh. Saya tak tahu apa salahnya saya berubah. Saya menangis, menangis dan terus menangis. Tapi saya bangkit, saya rasa saya perlu teruskan hidup ini. Walau dengan apa cara sekalipun, teruskan tekad saya untuk menjadi wanita berniqab. Tak usah lagi bersedih, mengadulah padaNya, Dia akan sentiasa mendengar.
Tiada yang sempurna pada hari ini, segalanya pasti ada ujiannya. Allah s.w.t sentiasa menguji hambanya. Pada pandangan saya, Dia menguji saya kerana Dia sayang dekat saya. Dia nak uji yang saya ni betul betul nak berubah ke jalanNya atau bersandiwara. Tetapi tidak mungkin Allah cipta hari ini lebih teruk dari semalam. Ada kemanisannya, Mama dan boleh terima dengan perubahan diriku. Betullah kata pepatah. "Batu yang keras juga dapat dilembutkan dengan air apantah lagi hati manusia" . Tetapi sedara -sedara saya masih belum boleh menerima kehadiran pemakaian diri ini. Saya sentiasa berdoa mereka dapat berlembut hati. Hm
a lot's of love ✿✿
فاتن ماريا
No comments:
Post a Comment