Senyum selagi Boleh (ابتسامة طالما يمكنك)


"Sesungguhnya Allah mencintai sikap lemah lembut dalam segala urusan." - Sahih Muslim 
134052526377980980_c9y4vh9t_c_large

Assalamualaikum,
Sudah begitu lama tak menulis entry di laman sosial 'BLOGGER' ini semenjak saya menyedari saya ada boyfriend, bestfriend yang akan mendengar setiap kata, menemani setiap duka, mengampunia setiap dosa, DIA adalah Allah s.w.t 

"Dan apabila hamba²Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (2:186)

Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hatiku ini untuk kembali kepada jalan yang lurus. Baru aku menyedari sekarang bahawa jika kita mengikut syariah Allah, perjalanan kita pasti akan indah belaka. Walaupun bukan seperti didalam ceritacerita yang dikarya oleh penerbit dan pengarah yang hebat namun ia pastilah yang terhebat yang Allah cipta kerana dialah yang mencipta sekalian manusia malahan semua pengarah yang berjaya itu jua Allah cipta. Apalah kita jika mahu dibandingkan dengan kuasa Allah s.w.t. Kita tidak berhak untuk menyoal segala perancanganNya, berterima kasihlah kerana Dia masih membenarkan kita hidup sehingga saat ini.

Selepas saya berubah, banyak rintangan yang saya kene lalui. Sememangnya inilah lumrah umat Allah yang ingin kembali kepada jalanNya. Pelbagai tomahan, cacian saya terima. Tapi lebih baik saya berdiam diri daripada berkata pekara yang tidak berguna. Allah yang rancangkan, saya perlu terima tanpa menyoal :

Tumblr_m21hx2n1h01qghthno1_1280_large

Let's me have drink and eat. Continue my ibadah and keep repent and ask for His forgiveness.
a lot's of love 
فاتن ماريا

No comments: