BUNTU! AKU BENCI PERASAAN INI.


Kadang-kadang aku tertanya. Adakah aku mahu begini ? Adakah aku gembira kini ? Setiap saat aku bertanya pada diri ini pasti ada satu perasaan menghantui diri, perasaan yang rasanya ANEH dan GANJIL, Perasaan yang ingin menyatakan aku menyesal, menyesal dengan apa yang aku lakukan. Ya Allah, Aku KUSUT, BUNTU. 

" Tipu! Tipu! Aku rindu! Rindu segala yang di masa lampau! Rindu segala memori di masa lalu. " Jerit satu suara yang seperti aku kenali. Tapi siapa ?

Ya Allah jangan Engkau bolak balikkan hati ini seperti bola. Jangan diuji iman ini kerana aku tak kuat! Kerana aku tahu jika ada rasa rindu, ia akan mengalahkan kekuatan iman yang masih tersisah dalam diri ini.

.
.
.
.

RESAH! Aku kini semakin resah gelisah! Seperti ada yang mengejar aku di belakang! MASA ! yang lebih tepat MASA LALU! ia mengejar aku! TOLONG! aku kesesakan nafas, aku perlukan udara segar. Mengapa ia asyik melambai seraya berkata " Kembalilah padaku, tidakkan engkau tahu nikmat dunia itu indah ? Engkau masih muda, marilah nikmati nikmat dunia ini selagi hayat masih ada" Patutkan aku kembali ? Ah pening!!! Aku seperti mahu pitam. Kenapa rasa GANJIL ini seringkali datang menjenguk? Tolonglah tinggalkan aku! Atau sebenarnya itu sebahagian dari jiwaku ? Yang ingin menyatakan selama ini aku berpura ? berpura dalam hijrah yang aku lakukan ? Sekali lagi AKU BUNTU, KELIRU, KELIRU, KELIRU! 

Tuhan bantulah aku..... Aku lemah...

No comments: