Jangan Dilihat Labuhnya Tudungku.





Jangan kamu sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, kau salah. 
Aku juga sepertimu masih mencari segenap cahaya 
buat menerangi sepanjang perjalanan

Jangan kau sangka labuhnya tudung ini, tiada masa
 lampau yang menghantui diri. Kerana aku juga 
manusia biasa yang belajar dari kesilapan.

Labuhnya tudungku, hadirnya niqab pada hidupku bukan 
be-erti tiada khilaf yang aku lakukan. Aku sama seperti kamu, 
sedang terkial mencari redhaNya.

Jangan jadikan kesilapan di masa lalu sebagai 
penghalang untuk terus kedepan mecari redha dan kasih Allah
Menjadi orang yang lebih baik bukan berarti menjadi orang yang sempurna. Dengan belajar dari kesalahanmu, kau sudah selangkah lebih maju dari masa lalumu.
Lot's Of Love
Mariah ♥

No comments: