Nafsu Marah. Hm

28 Disember 2012

82217_large
Kalau boleh nak ajo ambeh pergi supermarket buat macam CikPanda tu buat. 
Melepas geram. blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com Dush dush *penghhsan*  :face33:

“Sesiapa yang menahan marah, padahal dia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk dan disuruhnya memilih bidadari yang dia ingini.” (HR. Abu Dawud – At-Tirmidzi)
Tapi saya tahan rasa marah tu. Kerana  saya tahu buat keputusan ketika marah hanya membinasakan diri sendiri. Alhamdulillah harini dapat menepis dari rasa Amarah itu memberluak macam larva merah dekat gunung berapi tu. *meletup dalam diri je* *bercakap dengan diri sendiri dalam hati* Alhamdulillah dapat dibendung.

Bahkan Rasulullah s.a.w bersabda :
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda:”Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 
“Ya Allah! Beri olehmu petunjuk pada kaumku ini kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Inilah sebaik-baik akhlak yang ditunjukkan oleh sebaik-baik qudwah. Maka, tidak rugi bagi kita untuk menerap acuan yang sama dalam berakhlak dengan akhlak baginda. Anugerah Allah yang mengurniakan sebaik-baik Nabi buat sebaik-baik umat.

‘Ya Allah! Jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang dapat menahan kemarahan kami, dan jadikanlah kami dari kalangan orang yang suka memberi kemaafan dan perdamaian. Golongkanlah kami dengan orang-orang yang beramal dan mengikuti apa yang telah diperintahkan oleh Allah, mengikuti penghulu segala nabi-nabi dan rasul-rasul iaitu penghulu kami Muhammad SAW. Ya Allah! terimakanlah doa kami.’
Cara Menghilangkan sifat MARAH:
Doa - agar dibimbing oleh Allah.
Membiasakan diri dengan zikrullah - Quran, tasbih, istighfar dll.
Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang diceritakan Allah dalam Quran, pahala orang yang dapat
mengawal dirinya - bidadari di Syurga.
Ta’wiz dari syaitan / ambil wudhu’.
Ubah kedudukan - berdiri - duduk - baring.
Berikan hak badan - tidur , rehat dan tidak memenatkan badan.

  “Apabila ada seseorang yang marah ketika dia sedang berdiri, suruhlah dia duduk. Pasti kemarahannya akan hilang. Jika tidak hilang juga, berbaringlah.” - Imam Abu Dawud
With love and care :
Mariah 

No comments: