#TeamHijrahJohor ♥


Tumblr_mayzdt1fvf1r3m0efo1_500_large

Assalamualaikum,
Alhamdulillah setelah penat memujuk ayah dan mama untuk menyertai #KempenTutupAuratJohor saya dapat juga menyertainya. 
Dakwah. Senang dibicara lidah. Namun bila dicuba sendiri, ia lebih susah dari mendaki gunung yang tinggi. Allahuakbar!
Allah Allah Allah, jika dakwah yang kecil ini sudah aku rasa besar seperti mendaki gunung, apantah lagi kekasihMu Rasulullah. Jika dakwah kecil ini telah membuatku rasa patah hati kerana ramai orang tidak mahu menerimanya, apantah lagi zaman Rasulullah dulu. Allah Allah.:6:

Rasa macam nak menangis bila ada seorang pakcik tu dia kata
"Sorry lah dik pakcik takde kocek lah nak letak flyers adik ni." pastu dia blah macam tu je.
Memang semua perasaan ada . Marah :face33:. Sedih:face22:. Tergamam :face28:. Putus Asa :face36:. Hampa :3:. Tapi tulah adat berdakwah. Ditentang habis habis. Allah Allah Allah, tapi kalau orang kasi flyers pasal gig, Amek pula. :( Manusia akhir zaman. Fitnah dah berleluasa. Allah :(

Dari Ali r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah langit. Dari mereka (ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan kembali ke lingkungan mereka sendiri (umat Islam);- (Riwayat Baihaqi).

Saya nak kongsi gambar yang sempat diambil semasa #KempenTutupAuratJohor :











44742_3435179817320_1040222255_n_large

Moga ukhuwah kita akan kekal hingga Jannah Allah. Aamiin Aamiin ♥♥♥

3 comments:

wanynaziar♥ said...

Singgah sini :)
http://wanynaziar.blogspot.com/2012/11/giveaway-oh-my-birthday-by-fatin-nazurah.html

ain soofiyah said...

wah, bestnye dapat join.. Dakwah, bukan hanya dlahirkan mlalui lisan tpi jga dzahirkan mlalui amalan.. Gud luck on ur da'wah anyway.. Allah is always be with You

Unknown said...

best nye . =)